Pergigian Restoratif
![]() |
Pergigian Restoratif termasuklah pemulihan fungsi untuk memastikan gigi dalam keadaan sihat dan bebas dari sebarang kesakitan pergigian. Pesakit di bawah jagaan Pakar Pergigian Restoratif adalah tergolong dari mereka yang telah dirujuk oleh pegawai pergigian atau kepakaran lain, yang memerlukan rawatan khas atau mempunyai keperluan klinikal yang kompleks dan juga mereka yang mempunyai keperluan tertentu, dengan kecacatan kongenital atau kecacatan muka ‘acquired’, masalah perubatan atau masalah pembelajaran yang boleh menyebabkan implikasi semasa rawatan diberikan kepada mereka.
Skop perkhidmatan kepakaran ini merangkumi prosedur konservatif lanjut, endodontik, prostodontik tetap dan boleh tanggal serta rawatan implan pergigian. Prostesis boleh tanggal adalah seperti dentur, obturator dan prostesis maksilofasial. Manakala prostesis kekal untuk menggantikan kehilangan gigi kekal seperti korona (crown), jambatan (bridge), onlay, inlay dan veneer.