Ortodontik

Ortodontik adalah cabang kepakaran pergigian yang melibatkan penggunaan aplians (aplians boleh tanggal atau aplians  tetap). Rawatan ortodontik merupakan pengurusan rawatan gigi yang tidak teratur, termasuklah cabutan gigi, penggunaan aplians untuk mengubah suai pertumbuhan dan untuk memudahkan rawatan pergigian lain seperti mengatur gigi sebelum pembedahan rahang atau mewujudkan ruang yang sesuai untuk penempatan gigi palsu, jambatan gigi atau implan.

Perkhidmatan Ortodontik di Kementerian Kesihatan Malaysia menawarkan perkhidmatan berkualiti tinggi oleh pakar ortodontik yang terlatih. Objektif rawatan ortodontik adalah memberikan perkhidmatan ortodontik kepada pesakit yang dirujuk dari perkhidmatan pergigian primer dan kepakaran lain. Perkhidmatan ortodontik disediakan untuk murid sekolah di bawah umur 18 tahun dan pesakit yang memerlukan penjagaan multidisplinari seperti pesakit dengan kecacatan kraniofasial atau hipodontia (pesakit yang bilangan gigi tidak normal).

Pengurusan multidisplinari kes-kes ortodontik kompleks biasanya melibatkan penggabungan sesi klinik untuk membincangkan kes dengan pakar-pakar disiplin lain seperti Pakar Bedah Oral dan Maksilofasial, Pakar Periodontik, Pakar Restoratif, Pakar Pergigian Pediatrik dan Pakar Bedah Plastik. Hasil perbincangan adalah untuk mencapai penyelesaian terbaik apabila menguruskan kes-kes yang kompleks. Klinik gabungan biasanya diadakan sebulan sekali bergantung kepada bilangan pesakit dan kawasan perkhidmatan.

Pada masa ini, terdapat 59 klinik yang menawarkan perkhidmatan pakar ortodontik di Kementerian Kesihatan Malaysia di seluruh negara.

801603
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Minggu lepas
Bulan ini
Bulan-bulan sebelum
Jumlah
512
890
5179
791113
1402
25850
801603

Your IP: 3.226.122.122
2023-04-02 07:43
 
Hubungi kami Media Sosial  

Program Kesihatan Pergigian 

Aras 5, Blok E10, Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Malaysia

Tel : 03-8883 4215

Faks : 03-8888 6133

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PENAFIAN: Program Kesihatan Pergigian tidak akan

bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang

diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

 

 

Tarikh kemaskini : 7 Oktober 2022

 

Hakcipta Terpelihara © 2012 - 2022, Program Kesihatan Pergigian, KKM

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Sitemap | Bantuan