Pergigian Forensik
![]() |
Kepakaran pergigian forensik merupakan satu cabang kepakaran pergigian yang mengendalikan pemeriksaan, analisa dan penjelasan yang menyeluruh di dalam apa-apa bukti pergigian yang dijumpai di dalam kes-kes pergigian forensik yang dirujuk. Kesemua ini kemudiannya akan dibentangkan di dalam mahkamah sekiranya perlu. Kes-kes yang dilihat meliputi kedua-dua jenis kes iaitu kes-kes post mortum (kes-kes yang telah meninggal dunia) dan juga kes-kes klinikal pelbagai peringkat umur.
Kes-kes yang dirujuk termasuk kes identifikasi mayat-mayat yang tidak dikenali (individu ataupun beramai-ramai seperti di dalam bencana), kes penganggaran umur melalui kegigian untuk mayat dan kes individu hidup dari pelbagai agensi kerajaan seperti PDRM, APMM, Immigresen, Penjara dan mahkamah, juga termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk pendaftaran lewat kelahiran. Kes-kes medico-legal yang dilihat termasuk juga analisa bekas gigitan, penderaan dan serangan seksual atau fizikal.