Pergigian Keperluan Khas

Kepakaran Pergigian Keperluan Khas (KPKK) menyediakan perkhidmatan Pergigian kepada individu yang berkeperluan khas yang berumur 16 tahun dan ke atas. Perkhidmatan ini melibatkan pengendalian kesihatan mulut bagi golongan yang mempunyai keperluan khas di peringkat sederhana sehinggalah yang teruk termasuklah pesakit warga emas yang bergantung sepenuhnya kepada orang lain dalam menjalankan aktiviti harian.

KPKK memberi rawatan kepada mereka yang mempunyai ketidakupayaan fizikal, intelektual, masalah psikologi dan psikiatri serta mereka yang mempunyai masalah perubatan yang kompleks. Bidang ini berpusat di Hospital.

Perkhidmatan pergigian yang disediakan termasuklah konsultansi, rawatan pergigian (penskaleran, tampalan, rawatan kanal akar, cabutan gigi, pembuatan gigi palsu, rawatan serta nasihat pencegahan penyakit gigi dan gusi). Pengurusan rawatan mungkin juga dilakukan bersama pengendalian tingkah laku, rawatan di bawah sedasi oral/inhalasi dan rawatan bius umum. Di samping itu juga,  sokongan klinikal turut dihulurkan dalam pengurusan pesakit keperluan khas di peringkat komuniti seperti perkhdimatan pergigian domisiliari (rawatan di rumah atau di institusi) bagi pesakit yang terlantar  sakit di rumah.

714980
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Minggu lepas
Bulan ini
Bulan-bulan sebelum
Jumlah
507
545
507
710564
18830
21148
714980

Your IP: 3.239.75.52
2022-11-28 03:31
 
Hubungi kami Media Sosial  

Program Kesihatan Pergigian 

Aras 5, Blok E10, Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Malaysia

Tel : 03-8883 4215

Faks : 03-8888 6133

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PENAFIAN: Program Kesihatan Pergigian tidak akan

bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang

diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

 

 

Tarikh kemaskini : 7 Oktober 2022

 

Hakcipta Terpelihara © 2012 - 2022, Program Kesihatan Pergigian, KKM

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Sitemap | Bantuan