Pergigian Pediatrik
![]() |
Kepakaran Pergigian Pediatrik menyediakan pelbagai perkhidmatan dan rawatan termasuk prosedur diagnostik dan terapeutik serta pembedahan mulut untuk pesakit yang berumur 16 tahun ke bawah pada masa rujukan pertama. Prosedur ini merangkumi aspek promosi, pencegahan, kuratif dan pemulihan selepas rawatan. Jabatan ini mengutamakan pesakit yang dirujuk samada sebagai pesakit dalaman atau pesakit luar. Kumpulan pesakit yang diberi keutamaan adalah kanak-kanak berkeperluan khas, dan terbahagi mengikut kumpulan seperti berikut:
|
Selain dari rawatan pergigian yang rutin, perkhidmatan yang ditawarkan juga termasuk pembedahan dentoalveolar, ortodontik interseptif, pengurusan kecederaan oro-fasial, rawatan endodontik gigi susu dan kekal, rawatan patologi oral dan pembuatan prostesis oral dan maksilofasial.
Kes-kes elektif dan kecemasan yang memerlukan bius umum dirawat di dewan bedah. Perkhidmatan selepas waktu pejabat untuk kes-kes kecemasan akan dilakukan oleh pegawai pergigian dan pakar-pakar yang menjalankan tugas atas panggilan di Jabatan Kecemasan Hospital.