Perkhidmatan Pergigian Sekolah
![]() |

Perkhidmatan pergigian sekolah adalah teras utama dalam perkhidmatan pergigian kerajaan. Perkhidmatan pergigian sekolah rendah dan menengah dilaksana secara inkremental yang sistematik dan menyeluruh supaya matlamat kesihatan pergigian pelajar sekolah yang baik tercapai sepenuhnya. Rawatan dijalankan melalui klinik pergigian sekolah, pasukan pergigian bergerak dan juga klinik pergigian bergerak. Perkhidmatan pergigian inkremental telah mengurangkan kerosakan gigi pelajar sekolah. Program ini telah berkembang kepada 98.2% pelajar sekolah rendah dan 84% pelajar sekolah pada tahun 2009 di mana strategi ini mula dilaksanakan sejak awal tahun 1970. Pasukan pergigian bergerak menggunakan peralatan mudah alih untuk menjalankan rawatan pergigian di kawasan pedalaman. Bilangan pasukan pergigian bergerak meningkat daripada 13 pada tahun 1970 kepada 476 pada tahun 2008.