Auksiliari Pergigian

Jururawat Pergigian

Sekiranya anda seorang yang prihatin, penyabar, berupaya berkomunikasi dengan baik dan menyukai kanak-kanak serta, kerjaya sebagai Jururawat Pergigian adalah bersesuaian dengan anda:-

  • Membuat pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk kanak-kanak dan murid-murid yang berumur sehingga 17 tahun.
  • Melibatkan diri di dalam semua aktiviti promosi kesihatan pergigian melalui ceramah dan pameran termasuk menyediakan bahan-bahan pandang dengar.
  • Jururawat Pergigian yang telah mengikuti kursus pengkhususan di dalam pelbagai disiplin akan bertugas di klinik pakar pergigian dan dibenarkan memberi rawatan tertentu kepada orang dewasa

Untuk maklumat lanjut mengenai kejururawatan pergigian sebagai kerjaya sila rujuk kepada Kerjaya dalam Bidang Pergigian - Jururawat Pergigian.


Juruteknologi Pergigian

Sekiranya anda seorang yang berminat dengan kerja seni, berminat dengan peralatan elektrik dan elektronik (mempunyai kecekapan tangan yang baik (manual dexterity) adalah lebih sesuai) serta berminat untuk menjadi sebahagian daripada pasukan pergigian di Kementerian Kesihatan, kerjaya sebagai Juruteknologi Pergigian adalah bersesuaian dengan anda.


Juruteknologi Pergigian bertanggungjawab terhadap:

  • Merangka, memproses dan menghasilkan aplians pergigian seperti prostetik, ortodontik dan maksilo-fasial.

  • Menguruskan perolehan, penyelenggaraan dan pembaikan alat kelengkapan pergigian

Untuk maklumat lanjut mengenai Juruteknologi Pergigian sebagai kerjaya sila rujuk kepada Kerjaya dalam Bidang Pergigian Kerjaya dalam Bidang Pergigian - Juruteknologi Pergigian.

 

Pembantu Pembedahan Pergigian

Sekiranya anda mempunyai perwatakan yang cergas, bersopan, penyabar, prihatin dan berupaya berkomunikasi dengan baik, anda dipelawa untuk menyertai kerjaya sebagai Pembantu Pembedahan Pergigian.

  • Membantu Pegawai Pergigian dan Jururawat Pergigian dalam mengurus pesakit

  • Bertanggungjawab dalam pengawalan jangkitan silang di bilik rawatan

  • Mendaftar pesakit di kaunter pendaftaran

  • Mengutip wang bayaran rawatan pergigian dari pesakit serta mengeluarkan resit

  • Mengurus data pesakit secara komputer

Untuk maklumat lanjut mengenai Pembantu Pembedahan Pergigian sebagai kerjaya sila rujuk kepada Kerjaya dalam Bidang Pergigian Kerjaya dalam Bidang Pergigian - Pembantu Pembedahan Pergigian.

801574
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Minggu lepas
Bulan ini
Bulan-bulan sebelum
Jumlah
483
890
5150
791113
1373
25850
801574

Your IP: 3.226.122.122
2023-04-02 07:23
 
Hubungi kami Media Sosial  

Program Kesihatan Pergigian 

Aras 5, Blok E10, Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Malaysia

Tel : 03-8883 4215

Faks : 03-8888 6133

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PENAFIAN: Program Kesihatan Pergigian tidak akan

bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang

diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

 

 

Tarikh kemaskini : 7 Oktober 2022

 

Hakcipta Terpelihara © 2012 - 2022, Program Kesihatan Pergigian, KKM

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Sitemap | Bantuan