Pengamal Pergigian Am
![]() |
Pengamal Pergigian memberi perkhidmatan penjagaan kesihatan mulut kepada orang ramai. Pengamal Pergigian akan membuat pemeriksaan mulut dan diagnosa, dan melakukan rawatan seperti tampalan, cabut gigi, gigi palsu, penskaleran dan rawatan kecemasan. Seseorang pengamal pergigian boleh merujuk pesakit yang memerlukan penjagaan yang lebih kompleks kepada pakar pergigian yang berkaitan.
Untuk melayakkan sebagai pegawai pergigian, seseorang mesti terlebih dahulu memperolehi ijazah asas dalam bidang pergigian daripada mana-mana universiti yang diiktiraf sama ada di dalam ataupun di luar negara. Untuk mengamal sebagai pegawai pergigian di Malaysia seseorang itu perlu mendaftar terlebih dahulu dengan Majlis Pergigian Malaysia. Mulai dari 29 Jun 2001, seseorang pegawai pergigian adalah diwajibkan untuk berkhidmat dengan kerajaan selama 3 tahun sebelum mereka dibenarkan untuk berkhidmat sebagai pengamal pergigian swasta.