Latihan Memberus Gigi Berkesan (BEGIN)
![]() |
![]() |
![]() |
Plak pergigian merupakan salah satu faktor risiko utama karies pergigian dan penyakit gusi. Oleh itu, kawalan terhadap plak pergigian adalah amat penting untuk di pupuk seawal mungkin bagi mencapai status kesihatan mulut yang optimum. BEGIN merupakan aktiviti promosi kesihatan pergigian yang menggalak dan melatih tabiat memberus gigi secara berkesan dalam kalangan murid-murid sekolah dengan tujuan untuk mengawal plak pergigian dan memupuk tingkah laku yang positif terhadap kesihatan mulut.