Majlis Pergigian Malaysia
Majlis Pergigian Malaysia adalah satu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta Pergigian 1971.
Fungsi Majlis Pergigian Malaysia adalah:
- Pendaftaran pengamal pergigian;
|
- Pengeluaran Sijil Perakuan Pengamalan Tahunan dan Sijil Perakuan Pengamalan Sementara;
|
- Penyelenggaraan Daftar Pergigian untuk Malaysia bagi dua (2) kumpulan pengamal pergigian iaitu Divisi I dan Divisi II;
|
- Memartabatkan dan mengekalkan piawaian tertinggi professional dan etika dalam amalan pergigian; dan mengambil tindakan tatatertib ke atas pengamal pergigian berdaftar yang didapati telah melanggar kod etika professional atau telah melakukan kesalahan di bawah Akta Pergigian 1971.
|
Majlis pergigian malaysia terdiri daripada dua-puluh empat (24) ahli. Mereka adalah:
- Yang Di Pertua – Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia;
|
- Pendaftar – Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia;
|
- Enam (6) pengamal pergigian yang dilantik oleh Menteri daripada kalangan Fakulti Pergigian di Institusi Pengajian Tinggi;
|
- Enam (6) pengamal pergigian yang dilantik oleh Menteri;
|
- Enam (6) pengamal pergigian yang dipilih oleh Pengamal Pergigian yang bermastautin di Semenanjung Malaysia;
|
- Seorang (1) pengamal pergigian yang dipilih dari yang bermastautin di Sabah;
|
- Seorang (1) pengamal pergigian yang dipilih dari yang bermastautin di Sarawak;
|
- Seorang (1) dentis berdaftar yang dipilih dari yang bermastautin di Semenanjung Malaysia; dan
|
- Seorang (1) dentis berdaftar yang dipilih dari yang bermastautin samada di Sabah atau di Sarawak.
|
Seorang pegawai kanan di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia yang dilantik oleh Yang Di Pertua sebagai Setiausaha Majlis Pergigian Malaysia.
Untuk sebarang keterangan lanjut, sila layari laman sesawang MPM di http://mdc.moh.gov.my.