Penjagaan Kesihatan Pergigian Hari Ini 

Tumpuan negara dalam penjagaan kesihatan pergigian kepada rakyat telah membawa kepada pelbagai perkembangan penting di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah lima-tahun Rancangan Malaysia. Pada masa kini, penjagaan kesihatan pergigian ditawarkan oleh kedua-dua sektor awam dan swasta di mana Program Kesihatan Pergigian KKM bertindak sebagai peneraju utama profesion. Sektor swasta telah memberi sumbangan yang ketara terutama di kawasan bandar yang padat dengan penduduk.

 

6.1 Kerjasama Antara Sektor Awam-Swasta

Penjagaan kesihatan pergigian telah berkembang dengan banyak hasil sokongan daripada penubuhan organisasi profesional terutamanya daripada Persatuan Doktor-Doktor Pergigian Malaysia (MDA). MDA berkembang daripada Persatuan Pergigian Tanah Melayu yang ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1938. Profesor Edgar K. Tratman merupakan Presiden yang pertama. Nama MDA telah diubah selaras dengan penubuhan Malaysia secara rasminya pada tahun 1963.

MDA kini mewakili kira-kira 80% daripada pengamal-pengamal pergigian yang berkelayakan. MDA telah menyumbang ke arah kemajuan profesion di negara ini. Pada masa ini terdapat pelbagai cabang organisasi pergigian lain yang mewakili pelbagai kumpulan dengan minat atau kecenderungan tertentu dan kepakaran-kepakaran klinikal.

 

6.3 Pengoperasian Penjagaan Kesihatan Pergigian Dalam Sektor Awam

Kementerian Kesihatan Malaysia memikul tanggungjawab yang utama dalam penyediaan penjagaan kesihatan pergigian. Penyertaan besar sektor awam telah menghasilkan pelbagai modus pengoperasian penjagaan kesihatan pergigian. Antara inisiatif utama dalam penjagaan kesihatan pergigian primer di Kementerian Kesihatan Malaysia adalah:

  • Program pemfluoridaan bekalan air yang telah diluluskan secara rasmi sebagai dasar Jawatankuasa Kabinet pada 1972.
  • Integrasi di antara penggalakan kesihatan mulut dengan program rawatan masyarakat melalui penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian di luar kawasan klinik pergigian.
  • Penurunan kuasa penjagaan kesihatan pergigian kepada pelbagai jenis kemudahan pergigian.
  • Pengwujudan sistem rujukan yang komprehensif daripada penjagaan kesihatan pergigian primer ke penjagaan kesihatan pergigian kepakaran.
  • Penubuhan program penjagaan pergigian secara inkremental yang komprehensif dan sistematik untuk murid sekolah.


 6.4 Status Kesihatan Mulut

Pembangunan bidang pergigian di Malaysia telah menyaksikan banyak peningkatan dalam status kesihatan mulut. Sehingga kini, 15 kaji selidik kesihatan awam pergigian telah dijalankan untuk merekod kemajuan pelbagai aspek status kesihatan mulut. Data yang didokumenkan sejak kaji selidik pergigian yang pertama melibatkan murid-murid sekolah pada 1970-1971 dan kaji selidik 1997 menunjukkan penurunan karies antara 27% pada gigi susu di usia 6 tahun kepada 57% pada gigi kekal di usia 12 tahun. Berdasarkan pelbagai kajiselidik kebangsaan seperti dibawah, kadar prevalen karies telah menunjukkan penurunan. Namun, kadar penyakit periodontal telah meningkat dan oleh itu telah menjadi agenda utama pada ketika ini.

 

Status Kesihatan Mulut Rakyat Malaysia

Kumpulan sasar

Tahun

Prevalen Karies (%)

Prevalen Penyakit Periodontal (%)

Kanak-kanak pra sekolah

(umur 5 tahun)

1995

87.1

N/A

2005

76.2

N/A

2015

71.3

N/A

Murid sekolah

(umur 12 tahun)

1970/71

78.4

N/A

1988

71.3

N/A

1997

60.9

5.6

2007

41.5

80.4

2017

33.3

99.6

Dewasa

(> 15 tahun keatas)

1974/75

95.0

N/A

1990

94.6

92.8

2000

90.3

90.2

2010

88.9

94.0

*NOHSA 1974/75 and NOHSS 1970/71 di Malaysia Barat sahaja.

**N/A = not available.

Sumber: Kaji selidik Kesihatan Pergigian Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

6.5 Perancangan Masa Depan: Pelan Kesihatan Pergigian Kebangsaan

Kerajaan berhasrat untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Dari visi 2020 inilah, Bahagian Kesihatan Pergigian telah mengambil langkah ke hadapan untuk merangka Pelan Kesihatan Pergigian Kebangsaan (NOHP) pada tahun 2010. Pelan ini mengandungi matlamat dan strategi kesihatan mulut. Sasaran ditakrifkan dalam empat keadaan mulut; karies gigi, keadaan periodontal, kanser mulut dan kecederaan gigi. Pelan ini juga menggariskan strategi untuk memastikan bahawa semua pihak yang terlibat akan memainkan peranan masing-masing ke arah meningkatkan kesihatan mulut dan kualiti hidup rakyat Malaysia

 

6.6 Perancangan Masa Depan: Pelan Kesihatan Pergigian Negara

Kerajaan bercita-cita untuk mencapai status negara maju menjelang 2020. Wawasan 2020 telah memberi inspirasi kepada Bahagian Kesihatan Pergigian untuk merangka Pelan Kesihatan Pergigian Negara (NOHP) 2010. NOHP telah menggariskan sasaran dan strategi pelaksanaan. Terdapat 4 domain sasaran utama iaitu; karies gigi, penyakit periodontal, kanser mulut dan kecederaan gigi. Rancangan ini juga menggariskan strategi untuk memastikan semua pihak berkepentingan memainkan peranan masing-masing untuk meningkatkan kesihatan mulut dan kualiti hidup rakyat Malaysia.

801571
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Minggu lepas
Bulan ini
Bulan-bulan sebelum
Jumlah
480
890
5147
791113
1370
25850
801571

Your IP: 3.226.122.122
2023-04-02 07:18
 
Hubungi kami Media Sosial  

Program Kesihatan Pergigian 

Aras 5, Blok E10, Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Malaysia

Tel : 03-8883 4215

Faks : 03-8888 6133

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PENAFIAN: Program Kesihatan Pergigian tidak akan

bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang

diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

 

 

Tarikh kemaskini : 7 Oktober 2022

 

Hakcipta Terpelihara © 2012 - 2022, Program Kesihatan Pergigian, KKM

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Sitemap | Bantuan