Pencegahan Untuk Semua : Pemfluoridaan Bekalan Air

Rakyat Johor Bahru telah menerima air yang berfluorida seawal tahun 1957. Ini diikuti dengan Pulau Pinang pada tahun 1959 dan Simanggang, Sarawak pada tahun 1961. Kerajaan Negeri Johor kemudiannya memperluaskan liputan ke seluruh negeri pada tahun 1966. Pada masa itu, tahap karies adalah tinggi. Pada tahun 1963, kadar DMF untuk golongan anggota Perkhidmatan Negara yang berumur purata 21.4 tahun adalah 10.181. Dengan wujudnya jurang perbezaan yang besar antara keperluan rawatan dan penjagaan yang telah diberikan, satu Jawatankuasa Pemfluoridaan Bekalan Air Awam telah dilantik dan diberi mandat oleh Menteri Kesihatan pada tahun 1969 untuk membuat kajian atas kemungkinan memperkenalkan pemfluoridaan bekalan air sebagai satu langkah kesihatan awam di semua negeri di Malaysia Barat. Cadangan pemfluoridaan bekalan air adalah berlandaskan bukti saintifik yang yang rata-rata menyokong keberkesanan perlindungan terhadap karies, keselamatan, kecekapan dan keberkesanan kos. Jawatankuasan Kabinet telah menerima cadangan tersebut pada tahun 1972. Dianggarkan seramai 75.5% penduduk telah menerima manafaat dari pemfluoridaan bekalan air pada tahun 2017.

801562
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Minggu lepas
Bulan ini
Bulan-bulan sebelum
Jumlah
471
890
5138
791113
1361
25850
801562

Your IP: 3.226.122.122
2023-04-02 07:11
 
Hubungi kami Media Sosial  

Program Kesihatan Pergigian 

Aras 5, Blok E10, Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Malaysia

Tel : 03-8883 4215

Faks : 03-8888 6133

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PENAFIAN: Program Kesihatan Pergigian tidak akan

bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang

diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

 

 

Tarikh kemaskini : 7 Oktober 2022

 

Hakcipta Terpelihara © 2012 - 2022, Program Kesihatan Pergigian, KKM

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Sitemap | Bantuan