Cetak

Fasiliti Kesihatan Pergigian

Kementerian Kesihatan telah menubuhkan rangkaian fasiliti (kemudahan) penjagaan kesihatan pergigian yang komprehensif.Pelbagai jenis fasiliti pergigian yang disediakan adalah seperti berikut.

Klinik Pergigian Besar

Ini adalah sebuah klinik yang dikendalikan oleh pegawai pergigian, jururawat pergigian dan kakitangan lain. Semua klinik pergigian besar menyediakan perkhidmatan pesakit luar. Sesetengah klinik besar di ibu negeri menyediakan perkhidmatan kepakaran ortodontik dan periodontik.

Salah satu klinik pergigian besar disediakan kepada orang ramai iaitu Klinik Pergigian Besar Kuala Pilah.

.
Main Dental Clinic

One of our main dental clinics available to the public, Klinik Pergigian Besar Kuala Pilah.

Klinik Kesihatan Di Pusat Kesihatan

Klinik Pergigian ini membentuk sebahagian daripada kompleks klinik kesihatan. Perkhidmatan penjagan kesihatan pergigian disediakan sebagai sebahagian daripada komponen bersepadu perkhidmatan pesakit luar yang juga termasuk perkhidmatan perubatan dan kesihatan keluarga.

Klinik pergigian terletak dalam kompleks Pusat Kesihatan, Klinik Pergigian ayer Keroh.

Dental Clinic in a Health Centre

A dental clinic is located within the complex to complement the health centre, Klinik Kesihatan Ayer Keroh.

Klinik Pergigian Sekolah

Kemudahan ini terletak di sekolah-sekolah rendah dan menengah kerajaan yang terpilih. Perkhidmatan penjagaan kesihatan pergigian yang diberikan kepada kanak-kanak sekolah oleh jururawat pergigian adalah di bawah pengawasan pegawai-pegawai pergigian.

Pasukan yang menjalankan perkhidmatan sekolah terdiri daripada jururawat pergigian yang menyediakan penjagaan kesihatan pergigian bagi kanak-kanak sekolah rendah dan menengah.

School Dental Clinic

The school services team comprises of mostly dental nurses would be providing oral healthcare for both primary and secondary school children.

Pasukan Pergigian Sekolah

Ini adalah sebuah bangunan yang berasingan dalam kawasan sekolah atau di sekitar satu kelompok sekolah ( terdiri dari beberapa sekolah yang berdekatan)

Satu Pasukan Pergigian akan menyediakan perkhidmatan kesihatan pergigian di pusat pergigian sekolah yang meliputi satu kelompok sekolah.

School Dental Centre

A visiting team would be providing oral healthcare to school dental centres serving a cluster of schools.

Pasukan Pergigian Bergerak

Pasukan pergigian bergerak menyampaikan perkhidmatan penjagaan kesihatan pergigian kepada murid-murid sekolah termasuk kepada mereka di kawasan pendalaman.

Pasukan menyediakan perkhidmatan menggunakan perkhidmatan mudah alih

Pasukan Pergigian Bergerak sedang menjalankan rawatan pergigian.

Mobile Dental Team

A mobile dental team in action.

Klinik Pergigian Bergerak

Klinik Pergigian Bergerak ialah klinik pergigian di dalam kenderaan digunakan di sekolah-sekolah yang tidak mempunyai bilik/ruang dan semasa projek komuniti.

Klinik Pergigian Bergerak yang menyediakan perkhidmatan kesihatan pergigian

Mobile Dental Clinic

A mobile dental clinic providing oral healthcare services.

Pasukan Pergigian Bergerak Pra-Sekolah

Pasukan mudah alih prasekolah menjalankan promosi kesihatan pergigian dan pencegahan dalam kelas prasekolahdan tadika. Kanak-kanak yang memerlukan rawatan akan dirawat di sekolah atau dirujuk ke klinik pergigian terdekat.

Jururawat Pergigian yang member tunjuk ajar kepada kanak-kanak prasekolah.

Pre-school Mobile Dental Team

A dental staff nurse giving instructions to pre-school children.

Klinik Pergigian Pakar

Kepakaran pergigian adalah berpusat di hospital atau komuniti. Pakar bedah mulut menyediakan penjagaan pakar dalam kawasan mulut dan muka. Pakar pergigian pediatrik menyediakan penjagan pakar untuk kanak-kanak. Pakar ortodontik dan restorative pergigian kebanyakan berpusat di klinik pergigian besar. Pakar-pakar ini kecuali pakar pergigian pediatrik merawat pesakit dari pelbagai umur.

Klinik pergigian pakar berpusat di hospital, contoh : di Hospital Selayang

Dental Specialist Clinic

A hospital based Dental Specialist clinic, Hospital Selayang.

Kemudahan Lain

Klinik Pergigian juga terletak di dalam kawasan penempatan seperti Pusat Latihan Polis,penjara dan institusi.

 

 

Copyright© 2012 - 2017, Oral Health Division, Ministry of Health Malaysia.
Privacy Policy | Security Policy | Sitemap | Help
DISCLAIMER: Oral Health Division shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using Internet Explorer 7 or Mozilla Firefox with 1024x768 screen resolution