A

Abses periodontium

 

Jangkitan dalam poket gusi yang boleh memusnahkan tisu lembut dan keras.

Akar

 

Bahagian anatomi gigi yang dilindungi oleh simentum dan terletak di alveolus (soket) yang melekat pada struktur periodontium; bahagian radikular/hujung gigi.

Alveolus

 

Soket pada tulang alveolar di mana akar gigi melekat.

Amalgam

 

Aloi yang digunakan dalam tampalan langsung.

Analgesia

 

Kehilangan deria sakit tanpa hilang kesedaran.

Anestesia

 

Anestesia am: Satu keadaan tidak sedarkan diri yang dikawal, diiringi kehilangan refleks perlindungan secara separa atau lengkap, termasuk kehilangan keupayaan untuk mengekalkan saluran udara dan bertindak balas pada rangsangan fizikal atau arahan lisan, melalui kaedah farmakologi atau bukan farmakologi atau gabungan keduanya.

Ubat pelali intravena / Analgesia: Tahap kesedaran yang dikurangkan secara perubatan namun masih mengekalkan salur pernafasan pesakit, refleks perlindungan dan keupayaan untuk bertindak balas pada rangsangan atau arahan lisan. Ini melibatkan pemberian sedatif dan analgesik secara intravena dan pemantauan.

Anestesia setempat: kehilangan rasa sakit di kawasan anatomi tertentu tanpa kehilangan tahap kesedaran.

Sedasi bukan intravena: Tahap kesedaran yang dikurangkan secara perubatan namun masih mengekalkan salur pernafasan pesakit, refleks perlindungan dan keupayaan untuk bertindak balas kepada rangsangan atau arahan lisan. Ini melibatkan pemberian sedatif dan analgesik oleh laluan selain intravena (IV); PO, PR, Intranasal, IM dan pemantauan.

Anestesia Sekawasan: Satu istilah yang digunakan untuk anestesia setempat .

Anestesia Umum

 

Pelalian menyeluruh di mana pesakit tidak sedarkan diri, tidak merasa sakit, dan tidak mempunyai ingatan apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka .

Ankilosis

  Keadaan dimana dua tisu keras gigi bercantum. Apabila ini berlaku pada gigi dan tulang alveolar, gigi akan hanya tumbuh separa.

Apisektomi

 

Proses pembuangan hujung akar gigi.

Aplian boleh tanggal

 

Aplian ortodontik boleh tanggal digunakan untuk menggerakkan satu atau beberapa gigi

Applians tetap

 

Alat ortodontik, biasanya dikenali sebagai pendakap gigi, di mana ia dilekatkan pada gigi untuk menghasilkan pergerakan untuk membantu menyusun gigi semasa rawatan ortodontik.

Gigi Palsu Tetap Sebahagian : Gigi palsu tetap sebahagian adalah penggantian prostetik bagi satu atau lebih gigi yang hilang yang disimen kepada gigi atau implan penyokong yang bersebelahan dengan ruang.

  Return to Top

 

B

Benign

 

Ciri neoplasma yang bukan malignan.

Bikuspid

 

Gigi premolar atau gigi dengan dua kuspa.

Biopsi

  Proses mengambil/ membuang tisu untuk penilaian histologi .

Bruksisma

 

Mengisar atau mengetap gigi secara berterusan pada siang hari atau semasa tidur.

  Return to Top

 

C

Cabutan

 

Proses atau perbuatan mengeluarkan gigi atau bahagian gigi.

  Return to Top

 

D

Dentin

 

Bahagian gigi di bawah lapisan enamel dan simentum.

Disfungsi Sendi Temporomandibular

 

Fungsi sendi temporomandibular yang tidak normal; juga merujuk kepada gejala-gejala yang timbul di tempat lain akibat daripada fungsi yang tidak normal ini.

Dwilateral

 

Berlaku pada, atau berkaitan dengan kedua-dua belah kanan dan kiri.

  Return to Top

 

E

Edentulous

 

Tiada gigi.

Eksisi

 

Pembuangan tulang atau tisu secara pembedahan.

Enamel

 

Tisu keras yang meliputi bahagian dentin di korona gigi.

  Return to Top

 

F

Tiada istilah di bawah abjad ini
  Return to Top

 

G

Gigi palsu

 

Pengganti tiruan/ palsu untuk gigi asli dan tisu-tisu berdekatan.

Gigi palsu boleh tanggal sebahagian
 

Satu prostetik yang menggantikan satu atau lebih kehilangan gigi yang boleh ditanggalkan oleh pesakit

Gigi palsu segera

 

Prostesis dibuat untuk penggantian serta-merta gigi selepas cabutan gigi asli.

Gigi palsu sebahagian

 

Biasanya merujuk kepada alat prostetik boleh tanggal yang menggantikan kehilangan gigi; lihat Gigi palsu tetap sebahagian atau Gigi palsu sebahagian boleh tanggal

Gigi Palsu Sementara

 

Alat ganti gigi (prostesis gigi) sementara yang direka untuk jangkamasa terhad.

Gigi Terimpak

  Gigi yang belum tumbuh atau tumbuh sebahagian/separa pada posisi terhalang dengan gigi yang lain, tulang atau tisu lembut yang menyebabkan pertumbuhan gigi yang penuh tidak berlaku.

Gusi

 

Tisu lembut yang meliputi korona gigi yang belum tumbuh dan mengelilingi leher gigi yang telah tumbuh.

Graf

 

Sebahagian tisu atau bahan aloplastik yang diletakkan bersentuhan dengan tisu untuk membaiki kecacatan atau menambah kekurangan.

Gingivektomi

 

Pemotongan atau pembuangan gusi.

Gingivoplasti

 

Prosedur pembedahan untuk membentuk semula gusi.

Gingivitis

 

Keradangan tisu gingiva tanpa kehilangan tisu perantara.

Guided tissue regeneration (GTR)

 

Prosedur di mana membran dimasukkan antara tulang alveolar dan graf tulang untuk menggalakkan petumbuhan tisu, dilakukan semasa pembedahan flap untuk penyakit periodontium.

  Return to Top

 

H

Halitosis

 

Nafas berbau

Hiperplasia gusi

 

Tisu gusi yang tumbuh berlebihan .

  Return to Top

 

I

Ikatan
  Satu resin komposit yang digunakan pada gigi untuk menukar bentuk dan / atau warna. Rekatan / Ikatan juga merujuk kepada bagaimana tampalan, aplians ortodontik atau sesetengah gigi palsu tetap sebahagian dilekatkan pada gigi.

Implan

 

Bahan yang dimasukkan atau ditanam ke dalam tisu.

Implan Pergigian

 

Satu alat pergigian yang direka khas untuk dimasukkan secara pembedahan ke dalam atau ke atas rahang atas atau bawah bertujuan untuk menggantikan gigi asli; endosteal (endosseous); eposteal (subperiosteal); transosteal (transosseous).

Implantasi, Gigi

 

Penempatan gigi tiruan atau semula jadi ke dalam tulang gigi (alveolus).

Inlai

  Satu tampalan yang disediakan di luar mulut yang kemudiannya dilekatkan pada kaviti gigi yang telah disedakan.

Interproksimal

 

Antara gigi.

Intraoral

 

Di dalam mulut.

  Return to Top

 

J

Jambatan

 

Satu prostesis tetap biasanya diperbuat daripada logam dan / atau porselin direka untuk menggantikan gigi yang hilang sebagai alternatif kepada gigi palsu..

  Return to Top

 

K

Kanal Akar

 

Bahagian rongga pulpa di dalam akar gigi: ruang dalam akar gigi yang mengandungi pulpa.

Karies akar.

 

Kerosakan gigi yang terjadi pada bahagian akar gigi.

Kaviti pulpa

 

Ruang dalam gigi yang mengandungi pulpa.

Kegigian

 

Gigi-gigi pada arkus pergigian.

Kegigian kekal : merujuk kepada gigi-gigi kekal pada arkus pergigian.

Kegigian desidus : merujuk kepada gigi susu pada arkus pergigian.

Kelenjar Parotid

 

Kelenjar air liur utama yang terletak di hadapan dan di bawah telinga.

Kelenjar Sublingual

 

Kelenjar liur utama yang terletak di dalam mukosa pada lantai mulut

Kelenjar Submandibular

 

Kelenjar liur utama bersaiz walnut yang terletak di bawah lidah

Korona

 

Korona anatomi : bahagian gigi yang biasanya diliputi enamel.

Korona tiruan/palsu : tampalan yang meliputi atau menggantikan sebahagian atau keseluruhan korona gigi.

Korona klinikal: Bahagian gigi yang tidak diliputi tisu penyokong gigi.

Pemanjangan korona: prosedur pembedahan yang mendedahkan lebih banyak permukaan gigi untuk tujuan restorasi secara memposisikan pinggir gingiva ke arah hujung akar dan / atau membuang tulang sokongan.

Kuspa

 

Bahagian puncak gigi.

  Return to Top

 

L

Labial

 

Berkaitan bibir atau di sekeliling bibir.

Lelasan

 

Keadaan di mana permukaan gigi menjadi haus disebabkan daya selain dari mengunyah seperti menggigit objek atau teknik memberus gigi yang tidak betul.

Lelangit

 

Tisu keras dan lembut yang membentuk bumbung mulut yang memisahkan rongga mulut dan hidung.

Lekatan jitu

 

Komponen yang saling melengkapi dengan jitu; menyambungkan tupang dengan prostesis tetap atau boleh tanggal bagi tujuan penstabilan.

Lesi

 

Kecederaan atau luka; kawasan tisu berpenyakit.

Lingual

 

Berkaitan lidah atau di sekitar lidah; permukaan gigi yang diarahkan ke arah mengarah ke lidah

  Return to Top

 

M

Maksila

 

Rahang atas.

Malignan

 

Mempunyai sifat displasia, pencerobohan (invasion) , dan metastasis/merebak.

Malocclusion

 

Susunan gigi atas dan bawah yang tidak teratur.

Maryland Bridge

 

Satu jenis gigi palsu tetap sebahagian yang tidak memerlukan korona. Prostesis dilekat kepada gigi semula jadi untuk mengukuhkannya.

Membran mukus

 

Lapisan rongga mulut serta saluran dan rongga badan lain; juga dipanggil "mukosa."

Molar

 

Gigi posterior (belakang ) kepada pramolar (bicuspids) pada kedua-dua belah rahang atau gigi geraham ; gigi pengisar, mempunyai korona besar dan permukaan mengunyah yang luas.

MukosaOral

 

Tisu merah jambu yang melapisi mulut.

  Return to Top

 

N

Tiada istilah di bawah abjad ini

  Return to Top

 

O

Obstructive Sleep Apnea

 

Satu masalah di mana pernafasan terhenti untuk jangka masa yang pendek semasa tidur.

Oklusal

 

Berkaitan dengan permukaan gigitan bagi gigi pramolar dan molar atau permukaan yang bersentuh sama ada gigi yang berlawanan atau rim oklusi yang bertentangan.

Oklusi

 

Sebarang sentuhan antara permukaan gigitan atau kunyahan antara gigi rahang atas dan rahang bawah.

Onlai

 

Satu tampalan tidak langsung yang meliputi kuspa dibuat di luar rongga mulut, kemudiannya dilekatkan pada gigi.

Oral

 

Berkaitan dengan mulut.

Oseointegrasi

 

Proses penyembuhan tulang di sekeliling implan.

Osteoplasti

 

Prosedur pembedahan yang mengubah bentuk tulang.

Osteotomi

 

Pemotongan tulang secara pembedahan.

Overdentur

 

Alat prostetik boleh tanggal yang menutupi dan mungkin disokong oleh akar gigi atau implan.

  Return to Top

 

P

Paedodontist

 

Lihat Pakar Pergigian Pediatrik

Paliatif

 

Tindakan yang melegakan kesakitan tetapi tidak menyembuhkan.

Pakar Bedah Oral dan Maksilofasial

 

Seorang pakar pergigian yang amalan kepakarannya khusus kepada diagnosis, pembedahan dan rawatan tambahan penyakit, kecederaan, kecacatan, dan aspek estetika kawasan mulut dan maksilofasial.

Pakar Endodontik

 

Seorang pakar pergigian yang amalan kepakarannya khusus bagi merawat penyakit atau kecederaan pulpa dan keadaan di sekeliling akar gigi yang berkaitan.

Pakar pergigian

 

Doktor pergigian yang telah menjalani latihan pasca siswazah di dalam salah satu bidang kepakaran pergigian

Pakar Pergigian Pediatrik

 

Seorang pakar pergigian yang amalan kepakaran khususnya untuk rawatan kanak-kanak sejak dari lahir sehingga remaja, dahulunya dikenali sebagai pakar pedodontik.

Pakar Pergigian Periodontik

  Seorang pakar pergigian yang amalan kepakarannya khusus kepada rawatan penyakit yang berkaitan tisu penyokong dan tisu sekeliling gigi

Pakar Pergigian Prostodontik

 

Pakar pergigian yang mana amalan kepakarannya khusus kepada pemuliharaan / restorasi gigi asli dan / atau penggantian gigi yang hilang dengan pengganti tiruan.

Pakar Ortodontik

 

Seorang pakar pergigian yang amalan kepakarannya khusus kepada rawatan pintasan dan rawatan maloklusi gigi dan struktur sekitarnya.

Patah/ fraktur

 

Pemisahan sebahagian, terutama struktur bertulang; gigi pecah/patah

Pelunturan

 

Satu kaedah kosmetik pergigian untuk memutihkan gigi dengan menggunakan larutan peluntur.

Pelikel
 

Satu lapisan nipis tanpa bakteria dari air liur yang meliputi gigi

Pelindung mulut

 

Alat yang dipasang pada gigi untuk mengelakkan kecederaan kepada gigi, mulut atau bibir. Boleh juga merujuk kepada alat yang menghalang pengisaran gigi atau merawat masalah sendi emporomandibular.

Penahan (retainer)

 

Penahan Ortodontik: Alat untuk menstabilkan kedudukan gigi selepas rawatan ortodontik.

Penahan Prostodontik: Bahagian pada gigi palsu tetap sebahagian yang melekatkan pontik kepada gigi tupang , tupang implan atau implan

Pengimejan, Diagnostik

 

Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, imbasan CAT, MRI, gambar, radiographs, dan lain-lain

Pendebridan
 

Membuang bendasing atau tisu mati.

Penilaian
 

Penilaian mulut secara berkala: Satu penilaian yang dilakukan ke atas pesakit yang diperiksa untuk menentukan sebarang perubahan dalam status kesihatan pergigian dan perubatan pesakit sejak penilaian menyeluruh atau berkala sebelumnya. Ini mungkin memerlukan tafsiran maklumat yang diperoleh melalui prosedur diagnostik tambahan. Prosedur diagnostik tambahan dilaporkan secara berasingan.

Penilaian mulut secara terhad: Fokus masalah: penilaian yang terhad kepada masalah kesihatan mulut tertentu. Ini mungkin memerlukan tafsiran maklumat yang diperoleh melalui prosedur diagnostik tambahan. Prosedur tertentu mungkin diperlukan pada tarikh yang sama dengan penilaian. Biasanya, pesakit yang menerima jenis penilaian ini telah dirujuk untuk masalah khusus dan / atau mengalami kecemasan pergigian, trauma, jangkitan akut, dan lain-lain.

Penilaian mulut secara menyeluruh: Biasanya digunakan oleh doktor gigi dan/ atau pakar apabila menilai pesakit secara menyeluruh. Ia adalah penilaian yang teliti dan merekod tisu keras dan lembut di luar dan dan di luar mulut. Ia mungkin memerlukan tafsiran maklumat yang diperoleh melalui prosedur diagnostik tambahan. Ini termasuk penilaian rekod sejarah pergigian dan perubatan pesakit serta penilaian kesihatan am. Ia biasanya melibatkan penilaian dan rekod karies gigi, kehilangan gigi atau gigi yang tidak tumbuh, tampalan, hubungan oklusi, keadaan periodontium (termasuk carta periodontium), kelainan tisu lembut dan keras, dan lain-lain.

Penilaian periodontium secara menyeluruh: Biasanya melibatkan penilaian keadaan periodontium, pemproban dan pencartaan, penilaian dan rekod sejarah pergigian dan perubatan pesakit dan penilaian kesihatan am. Ia mungkin termasuk penilaian dan rekod karies gigi, kehilangan gigi atau gigi yang tidak tumbuh, tampalan gigi, hubungan oklusal dan saringan kanser mulut.

Penilaian mulut secara terperinci dan meluas-Fokus- Masalah, Mengikut Laporan:

Penilaian berfokuskan masalah yang terperinci dan meluas melibatkan kaedah diagnostik dan kognitif yang menyeluruh berdasarkan penemuan penilaian mulut yang komprehensif. Integrasi kaedah diagnostik yang lebih menyeluruh bagi merancang pelan rawatan untuk masalah tertentu adalah diperlukan.Keadaan yang memerlukan jenis penilaian ini perlu diterangkan dan didokumenkan. Contoh keadaan yang memerlukan jenis penilaian ini mungkin termasuk anomali ‘dentofasial', keadaan perio-prostetik yang sukar, disfungsi temporomandibular yang kompleks, kesakitan muka yang tidak diketahui puncanya, penyakit sistemik teruk yang memerlukan konsultasi pelbagai disiplin, dan lain-lain

Penilaian semula –Terhad, Fokus Masalah (pesakit sedia ada; bukan lawatan selepas pembedahan):

Ini termasuk menilai status keadaan yang sedia ada sebelumnya. Contoh keadaan yang memerlukan jenis penilaian ini mungkin termasuk: kecederaan traumatik di mana rawatan tidak diberikan tetapi pesakit memerlukan pemantauan susulan; Penilaian untuk sakit berterusan yang tidak dikenal pasti: Luka tisu lembut yang memerlukan penilaian susulan.

Pesakit

 

Seorang individu yang berhubungan secara profesional dengan doktor gigi yang memberi perkhidmatan kesihatan pergigian. Bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan penyampaian maklumat dan kebenaran rawatan, istilah ini termasuk ibu bapa, penjaga atau individu lain sebagaimanayang termaktub di bawah undang-undang negeri dan kesesuaian kes

Penyelenggaraan, periodontal
 

Rawatan untuk memelihara keadaan kesihatan gusi.

Penyokong
  Gigi (atau implan) yang menyokong prostesis gigi

Penyakit periodontium

 

Proses keradangan tisu gusi dan / atau membran periodontium gigi yang mengakibatkan kedalaman sulkus gusi yang luar biasa, mungkin menghasilkan poket periodontium dan kehilangan sokongan tulang alveolar.

Periodontitis

 

Keradangan dan kehilangan struktur tisu perantara bagi struktur penyokong gigi , dan terdapat kehilangan lekatan.

Periodontium

 

Berkaitan dengan tisu sekeliling yang menyokong gigi.

Plak
 

Lapisan lembut yang melekit dan berkumpul pada gigi, dimana kebanyakannya terdiri dari bakteria dan produk bacteria

Poket Periodontium

 

Kedalaman sulkus gusi secara patologi yang merupakan ciri penyakit periodontium.

Pramedikasi
 

Penggunaan ubat-ubatan sebelum prosedur pergigian dijalankan

Profilaksis

 

Prosedur penskaleran dan penggilapan yang dijalankan untuk membuang plak, karang gigi dan kesan kotoran

Profilaksis pergigian

 

Prosedur penskaleran dan penggilapan yang dilakukan untuk membuang plak, kalkulus dan 'stain' di korona

Prostesis
 

Alat ganti tiruan/ palsu bagi mana-mana bahagian badan

Prostesis pergigian

 

Alat tiruan/ palsu yang menggantikan satu atau lebih gigi yang hilang

Proses alveolar
 

Bahagian rahang yang lekuk di mana terdapatnya akar gigi

Pulpa
 

Tisu perantara yang mengandungi salur darah dan tisu saraf yang memenuhi rongga pulpa gigi.

Pulpektomi .

 

Pembuangan semua tisu pulpa yang hidup dan yang mati dari ruang kanal akar.

Pulpotomi

 

Pembuangan sebahagian daripada pulpa secara pembedahan bertujuan mengekalkan kesihatan bahagian selebihnya melalui tampalan sementara yang mencukupi; amputasi pulpa.

  Return to Top

 

Q

Tiada istilah di bawah abjad ini

  Return to Top

 

R

Radiograf ‘bitewing'

 

Menggunakan Sinar-X untuk menunjukkan korona beberapa batang gigi atas dan bawah ketika dalam posisi menggigit.

Radiograf

 

Imej yang terhasil daripada pancaran radiasi sinar-x ke atas filem fotografi. Biasanya dipanggil sinar -x

Rahang

 

Rahang atas (maksila) atau bawah (mandibel).

Ranula

 

Satu sista yang boleh terbentuk di bawah lidah dan lantai mulut.

'Rebase'

 

Prosedur menggantikan tapak gigi palsu

'Reline'

 

Proses melapisi permukaan gigi palsu yang bersentuh dengan tisu lembut di dalam mulut bagi meningkatkan perlekatan

Resob

 

Penyerapan/ penghancuran

Rosak (decay)

 

Istilah biasa untuk lesi berkaries pada gigi; dekomposisi struktur gigi.

  Return to Top

 

S

Sealan

 

Resin plastik yang diletakkan pada permukaan gigitan gigi molar untuk menghalang bakteria daripada menyerang kawasan enamel dan menyebabkan karies di permukaan gigi.

Sendi Temporomandibular

 

Mekanisma engsel penghubung di antara pangkal tengkorak (tulang temporal) dan rahang bawah

Sinar-X

 

Radiograf

Sinar-X keseluruhan mulut

 

Gabungan 14 atau lebih filem periapikal dan 4 filem bitewing gigi belakang.Siri sinar-x menunjukkan semua gigi (korona dan akar) dan tulang alveolar di sekelilingnya.

Sinar X Periapikal

 

Sinar X yang menunjukkan beberapa batang gigi secara keseluruhan (korona dan akar) termasuk sejumlah kecil tulang periapikal (sekitar hujung akar).

Sindrom Sjogren

 

Satu penyakit autoimun (yang banyak menyerang wanita berusia) dicirikan dengan pemberhentian separa atau sepenuhnya pengeluaran air liur atau air mata. Ia boleh dikaitkan dengan penyakit reumatik seperti artritis reumatik, lupus atau skleroderma.

Sista

 

Kaviti berpatologi, biasanya mempunyai lapisan epitelium dan mengandungi cecair atau jisim lembut

'Soket kering'

 

Keradangan setempat pada soket gigi selepas cabutan disebabkan oleh jangkitan atau kehilangan darah beku; osteitis.

Splin

 

Satu alat yang digunakan untuk menyokong, melindungi atau memegang struktur oral yang longgar, ditanam semula, patah, atau tercedera. Juga merujuk kepada alat-alat yang digunakan dalam penyakit sendi temporomandibular

Stomatitis

 

Keradangan pada lapisan membran mulut

Sutur / Jahitan

  Jahitan yang digunakan untuk membaiki torehan atau luka.
  Return to Top

 

T

Tampalan

 

Satu istilah yang digunakan untuk menggantikan struktur gigi yang hilang atau rosak dengan menggunakan bahan-bahan seperti logam, aloi, plastik, atau porselin.

Tampalan langsung

 

Tampalan yang dibuat di dalam mulut.

Tapak gigi palsu

 

Bahagian gigi palsu yang memegang gigi dan melekap pada gusi.

Terapi Kanal Akar.

 

Rawatan penyakit dan kecederaan pulpa dan keadaan sekitar radikular yang berkaitan.

Tidak tumbuh

 

Gigi yang tidak keluar ke rongga mulut

Tiang

 

Bahan yang disimen di dalam kanal akar untuk mengukuhkan dan mengekalkan bahan tampalan atau korona gigi.

Torus

 

Bonjolan tulang.

Tulang alveolar

 

Bahagian rahang yang mengelilingi akar gigi.

  Return to Top

 

U

Ubat pelali intravena

 

Ubat-ubatan digunakan secara intravena (melalui saluran darah) untuk menghasilkan pelbagai tahap pelalian

  Return to Top

 

V

Venir

 

Dalam membentuk korona atau pontik, s elapisan bahan pergigian berwarna biasanya digunakan tetapi tidak terhad kepada komposit, porselin, seramik atau akrilik resin, dilekatkan pada permukaan secara gabungan langsung, penyimenan, atau pengekalan mekanikal; juga merujuk kepada tampalan yang disimen pada permukaan hadapan gigi.

  Return to Top

 

W

Tiada istilah di bawah abjad ini
  Return to Top

 

X

Xerostomia

 

Pengurangan rembesan air liur yang menyebabkan kekeringan dan kadang kala rasa perit pada mukosa mulut dan / atau karies di leher gigi.

X-Ray
  Radiograph.
  Return to Top

 

Y

Tiada istilah di bawah abjad ini
  Return to Top

 

Z

  Tiada istilah di bawah abjad ini
  Return to Top

Copyright© 2012 - 2017, Oral Health Division, Ministry of Health Malaysia.
Privacy Policy | Security Policy | Sitemap | Help
DISCLAIMER: Oral Health Division shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using Internet Explorer 7 or Mozilla Firefox with 1024x768 screen resolution