Cetak

Auksiliari Pergigian

Jururawat Pergigian

Sekiranya anda seorang yang prihatin, penyabar, berupaya berkomunikasi dengan baik dan menyukai kanak-kanak serta, kerjaya sebagai Jururawat Pergigian adalah bersesuaian dengan anda:-

Membuat pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk kanak-kanak dan murid-murid yang berumur sehingga 17 tahun.
Melibatkan diri di dalam semua aktiviti promosi kesihatan pergigian melalui ceramah dan pameran termasuk menyediakan bahan-bahan pandang dengar.
Jururawat Pergigian yang telah mengikuti kursus pengkhususan di dalam pelbagai disiplin akan bertugas di klinik pakar pergigian dan dibenarkan member rawatan tertentu kepada orang dewasa


Untuk maklumat lanjut mengenai kejururawatan pergigian sebagai kerjaya sila rujuk kepada Kerjaya dalam Bidang Pergigian - Jururawat Pergigian.


Juruteknologi Pergigian

Sekiranya anda seorang yang berminat dengan kerja seni, berminat dengan peralatan elektrik dan elektronik (mempunyai kecekapan tangan yang baik (manual dexterity) adalah lebih sesuai) serta berminat untuk menjadi sebahagian daripada pasukan pergigian di Kementerian Kesihatan, kerjaya sebagai Juruteknologi Pergigian adalah bersesuaian dengan anda.


Juruteknologi Pergigian bertanggungjawab terhadap:

Merangka, memproses dan menghasilkan aplians pergigian seperti prostetik, ortodontik dan maksilo-fasial.
Menguruskan perolehan, penyelenggaraan dan pembaikan alat kelengkapan pergigian

Untuk maklumat lanjut mengenai Juruteknologi Pergigian sebagai kerjaya sila rujuk kepada Kerjaya dalam Bidang Pergigian Kerjaya dalam Bidang Pergigian - Juruteknologi Pergigian.

 

Pembantu Pembedahan Pergigian

Sekiranya anda mempunyai perwatakan yang cergas, bersopan, penyabar, prihatin dan berupaya berkomunikasi dengan baik, anda dipelawa untuk menyertai kerjaya sebagai Pembantu Pembedahan Pergigian.

Membantu Pegawai Pergigian dan Jururawat Pergigian dalam mengurus pesakit
Bertanggungjawab dalam pengawalan jangkitan silang di bilik rawatan
Mendaftar pesakit di kaunter pendaftaran
Mengutip wang bayaran rawatan pergigian dari pesakit serta mengeluarkan resit
Mengurus data pesakit secara komputer

Untuk maklumat lanjut mengenai Pembantu Pembedahan Pergigian sebagai kerjaya sila rujuk kepada Kerjaya dalam Bidang Pergigian Kerjaya dalam Bidang Pergigian - Pembantu Pembedahan Pergigian.

Copyright© 2012 - 2017, Oral Health Division, Ministry of Health Malaysia.
Privacy Policy | Security Policy | Sitemap | Help
DISCLAIMER: Oral Health Division shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using Internet Explorer 7 or Mozilla Firefox with 1024x768 screen resolution