Cetak

Visi, Misi, Objektif & Peranan

VISI

Negara menggembleng tenaga kearah kesihatan yang lebih baik.

 

MISI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Misi KKM adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama :

 

Untuk memudahkan dan membolehkan rakyat

• Mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan

• Menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga

• Mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka

 

Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi, iaitu

• Saksama

• Tidak Membebankan

• Cekap

• Wajar mengikut teknologi

• Boleh disesuaikan mengikut persekitaran

• Mengutamakan pelanggan

• Inovatif



dengan menekankan :

 

• Sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan

• Sifat menghormati maruah insan

• Penglibatan masyarakat

 

OBJEKTIF BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN

Untuk meningkatkan taraf kesihatan pergigian rakyat Malaysia melalui perkhidmatan pergigian penggalakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan serta memberi perhatian khas kepada kumpulan kurang bernasib baik supaya seseorang individu itu dapat mencapai taraf kesihatan bagi membolehkannya hidup sihat serta menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif.

 

PERANAN BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN

 Menyedia dan membangunkan polisi berkaitan kesihatan pergigian penduduk
 Pengurusan kesihatan pergigian termasuk merancang, mengatur, memantau dan menilai penjagaan kesihatan pergigian
 Menggalakkan promosi kesihatan pergigian bagi memastikan penambahbaikan kesihatan pergigian penduduk meningkat secara berterusan
 Penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan berkaitan amalan bidang pergigian

Copyright© 2012 - 2017, Oral Health Division, Ministry of Health Malaysia.
Privacy Policy | Security Policy | Sitemap | Help
DISCLAIMER: Oral Health Division shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using Internet Explorer 7 or Mozilla Firefox with 1024x768 screen resolution