Cetak

Majlis Pergigian Malaysia

Written by Administrator.

Majlis Pergigian Malaysia adalah satu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta Pergigian 1971.

 

Fungsi Majlis Pergigian Malaysia adalah:

Pendaftaran pengamal pergigian;

Pengeluaran Sijil Perakuan Pengamalan Tahunan dan Sijil Perakuan Pengamalan Sementara;

Penyelenggaraan Daftar Pergigian untuk Malaysia bagi dua (2) kumpulan pengamal pergigian iaitu Divisi I dan Divisi II;

Memartabatkan dan mengekalkan piawaian tertinggi professional dan etika dalam amalan pergigian; dan mengambil tindakan tatatertib ke atas pengamal pergigian berdaftar yang didapati telah melanggar kod etika professional atau telah melakukan kesalahan di bawah Akta Pergigian 1971.

 

Majlis pergigian malaysia terdiri daripada dua-puluh empat (24) ahli. Mereka adalah:

Yang Di Pertua – Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia;>
Pendaftar – Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia;
Enam (6) pengamal pergigian yang dilantik oleh Menteri daripada kalangan Fakulti Pergigian di Institusi Pengajian Tinggi;
Enam (6) pengamal pergigian yang dilantik oleh Menteri;
Enam (6) pengamal pergigian yang dipilih oleh Pengamal Pergigian yang bermastautin di Semenanjung Malaysia;
Seorang (1) pengamal pergigian yang dipilih dari yang bermastautin di Sabah;
Seorang (1) pengamal pergigian yang dipilih dari yang bermastautin di Sarawak;
Seorang (1) dentis berdaftar yang dipilih dari yang bermastautin di Semenanjung Malaysia; dan
Seorang (1) dentis berdaftar yang dipilih dari yang bermastautin samada di Sabah atau di Sarawak.

 

Seorang pegawai kanan di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia yang dilantik oleh Yang Di Pertua sebagai Setiausaha Majlis Pergigian Malaysia.

Untuk sebarang keterangan lanjut, sila layari laman sesawang MPM di http://mdc.moh.gov.my.

Copyright© 2012 - 2017, Oral Health Division, Ministry of Health Malaysia.
Privacy Policy | Security Policy | Sitemap | Help
DISCLAIMER: Oral Health Division shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using Internet Explorer 7 or Mozilla Firefox with 1024x768 screen resolution