Penjagaan Kesihatan Pergigian Masyarakat

 

Pengenalan

Fokus Kesihatan Pergigian Masyarakat adalah untuk mencegah karies dan Kanser Mulut. Ini termasuk pemfluoridaan,rawatan fisur disekolah dan program pencegahan dan pengesanan awal pra kanser dan kanser mulut.


Pemfluoridaan

Pemfluoridaan bekalan air awam adalah aktiviti kemasyaratkan yang bertujuan untuk mencegah dan mengurangkan kerosakan gigi. Ia nya telah diterima sebagai salah satu polisi kerajaan bermula tahun 1972. Pada tahun 2006 sejumlah 273 loji rawatan air telah ditambah fluorida yang member manafaat kepada 73.9% jumlah penduduk. Seterusnya program tersebut dikembangkan keseluruh penduduk. Kementerian Kesihatan dan Pelbagai Pihak Berkuasa Air telah berkerjasama bagi menjayakan program pemfluoridaan ini.


Fisur Sealant

Program fisur sealant merupakan satu program disekolah yang bertujuan bagi mencegah karies gigi. Program ini dilaksanakan diseluruh Negara bermula pada tahun 1999. Dibawah program ini fisur sealant disapu pada gigi geraham kekal dikalangan kanak-kanak yag berisiko karies.


Kanser Mulut

Detect Oral Cancer Early – You can make a difference!

Program Pengesanan dan pencegahan awal prakanser dan kanser disasarkan kepada kumpulan yang berisiko pertama kali dilancarkan pada tahun 1996. Program ini telah dikaji semula dan diperkukuh pada tahun 2002. Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang faktor-faktor yang menyebabkan kanser mulut. Program ini juga untuk mendidik individu bagi mengesan tanda-tanda awal gejala kanser mulut dan menjalankan pemeriksaan bagi mengesan kanser awal mulut.

 

 

055060
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Minggu lepas
Bulan ini
Bulan-bulan sebelum
Jumlah
471
527
2231
49629
4530
12440
55060

Your IP: 3.215.182.81
2020-04-09 15:44
 
Hubungi kami Media Sosial  

Program Kesihatan Pergigian 

Aras 5, Blok E10, Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Malaysia

Tel : 03-8883 4215

Faks : 03-8888 6133

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PENAFIAN: Program Kesihatan Pergigian tidak akan

bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang

diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

 

 

Tarikh kemaskini : 08 April 2020

 

Hakcipta Terpelihara © 2012 - 2019, Program Kesihatan Pergigian, KKM

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Sitemap | Bantuan