Pengenalan Kerjaya

 

Pergigian adalah satu kerjaya yang mencabar, dengan banyak peluang untuk kemajuan kerjaya dalam pelbagai bidang. Ketahui lebih lanjut mengenai profesion ini dan masa depan anda dengan menggunakan bar navigasi di sebelah kiri.

Pegawai Pergigian dilatih untuk menyediakan penjagaan kesihatan mulut kepada individu. Mereka adalah pengamal pergigian dan boleh memilih untuk latihan kepakaran dalam bidang tertentu.

Jururawat pergigian adalah merupakan auksilari yang menjadi pelengkap kepada pegawai pergigian dalam menyediakan penjagaan kesihatan mulut dalam orang awam. Auksilari pergigian lain seperti juruteknologi pergigian dan pembantu pembedahan pergigian juga adalah dilatih untuk membantu pegawai pergigian dalam tugas harian mereka.

Seksyen ini bertujuan untuk memberi gambaran menyeluruh tentang peluang kerjaya yang boleh didapati dan kelayakan yang diperlukan untuk menceburi profesion ini.
Ingat, hanya
dalam pergigian di mana perubatan, kejuruteraan dan seni berkait rapat.

 

Peluang Pekerjaan

Pelbagai peluang kerjaya disediakan untuk graduan pergigian. Seseorang boleh memilih untuk berkhidmat sama ada dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, Universiti, Angkatan Tentera, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli ataupun dengan amalan swasta.

 

Kementerian Kesihatan Malaysia

Pegawai-pegawai Pergigian kerajaan menyediakan penjagaan kesihatan mulut kepada setiap golongan masyarakat melalui pelbagai kemudahan, termasuk klinik pergigian dan hospital. Mereka boleh memilih untuk menjalani latihan kepakaran dalam pelbagai bidang klinikal dan kesihatan awam, atau mungkin dinaikkan pangkat ke pelbagai jawatan kanan klinikal atau pentadbiran

 

Universiti

Tugasan di universiti-universiti melibatkan tugas-tugas pengajaran dan penyelidikan. Ia juga memberi peluang bagi seseorang untuk meneruskan pengajian ke bidang tertentu yang diminati. Bagi yang menyertai universiti sebagai tutor, mereka boleh dinaikkan pangkat untuk menjadi sebagai pensyarah kanan ataupun profesor selepas memperolehi kelayakan pascasiswazah

 

Kementerian Pertahanan

Seorang pegawai pergigian dalam Angkatan Tentera menyandang pangkat Kapten (Dr). Selepas 4 tahun, pegawai pergigian secara automatik dinaikkan pangkat ke Mejar (Dr.)
Setelah tamat pengajian pascasiswazah dalam kepakaran klinikal atau kesihatan awam, pegawai pergigian boleh dinaikkan pangkat ke pangkat Leftenan Kolonel dan kemudian Kolonel, Brigedier Jeneral dan Mejar Jeneral. Walau bagaimanapun, ini adalah tertakluk kepada kekosongan dan syor-syor dari Ketua Jabatan

 

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli

Klinik di Gombak, Selangor menyediakan perkhidmatan kepada pesakit, kakitangan kerajaan dan penduduk berdekatan selain daripada Orang Asli di kawasan penempatan. Perkhidmatan kesihatan bergerak menyediakan penjagaan kesihatan mulut kepada Orang Asli di kawasan penempatan di Semenanjung Malaysia

 

Pengamalan Pergigian Swasta

Pegawai Pergigian yang telah berkhidmat tiga tahun perkhidmatan kerajaan wajib mempunyai pilihan untuk sama ada menubuhkan klinik mereka sendiri atau menyertai satu kumpulan amalan dalam sektor swasta 

156949
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Minggu lepas
Bulan ini
Bulan-bulan sebelum
Jumlah
574
671
4145
148732
14566
15305
156949

Your IP: 18.234.97.53
2020-10-24 17:47
 
Hubungi kami Media Sosial  

Program Kesihatan Pergigian 

Aras 5, Blok E10, Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Malaysia

Tel : 03-8883 4215

Faks : 03-8888 6133

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PENAFIAN: Program Kesihatan Pergigian tidak akan

bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang

diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

 

 

Tarikh kemaskini : 04 Sept 2020

 

Hakcipta Terpelihara © 2012 - 2020, Program Kesihatan Pergigian, KKM

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Sitemap | Bantuan