1.0 Pengamal Pergigian

1.1 New Dental Officer Programme (NDOP)

Mula diperkenalkan pada tahun 2017, program ini merupakan satu program berstruktur yang dibangunkan khas untuk melatih pegawai-pegawai lantikan baharu dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh lantikan. Selain menjadi platform orientasi bagi dunia pekerjaan dan memberi pendedahan kepada pegawai mengenai perkhidmatan pergigian, program ini turut menyediakan latihan yang mencukupi dan bersesuaian kepada pegawai agar dapat memberikan khidmat penjagaan kesihatan pergigian yang selamat dan berkualiti kepada pesakit.

Dalam tempoh satu (1) tahun tersebut, pegawai akan menjalani latihan sangkutan di klinik pergigian primer dan klinik-klinik pergigian pakar iaitu Bedah Mulut dan Maksilofasial serta Pergigian Pediatrik di hospital-hospital yang dikenal pasti.

Pegawai pergigian lantikan baharu yang terlibat diwajibkan untuk melengkapkan Buku Log yang boleh dimuat turun melalui pautan ini:

Log Book New Dental Officer Programme (NDOP) Primary Oral Healthcare Book 1A

Log Book New Dental Officer Programme (NDOP) Oral And Maxillofacial Surgery Book 1B

Log Book New Dental Officer Programme (NDOP) Paediatric Dentistry Book 1C

Pencapaian pegawai dalam tempoh menjalani NDOP ini akan dinilai dan menyumbang kepada faktor pemilihan pegawai ke lantikan tetap.

 

1.2 Latihan Dalam Perkhidmatan dan Pembangunan Profesion Berterusan (CPD)

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) mensasarkan kepada pembangunan modal insan secara berterusan yang merupakan agenda teras kepada kejayaan organisasi dan negara. Sehubungan itu, setiap pengamal pergigian bertanggungjawab untuk mempertingkatkan tahap pengetahuan, kemahiran dan kompetensi secara berterusan.

      i) Pembangunan Profesional Berterusan (

Continuing Professional Development

    - CPD)

CPD merupakan satu program pembelajaran berterusan secara sistematik yang menyumbang kepada pertambahan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang mana boleh meningkatkan profesionalisme pengamal pergigian di dalam bidang masing-masing. Setiap aktiviti CPD yang diikuti dan dijalankan melayakkan setiap pengamal pergigian untuk diberikan mata CPD.

Selaras dengan Akta Pergigian 2018, pengumpulan mata CPD diperlukan untuk pembaharuan Sijil Amalan Tahunan (APC) dan Sijil Amalan Sementara (TPC) untuk mengamal di Malaysia. Semua pengamal pergigian yang mengamal di Malaysia dikenakan syarat ini termasuk mereka yang bekerja secara kontrak.

Setiap pengamal pergigian boleh merujuk kepada garis panduan CPD Credit Points System for Dental Practitioners sebagai rujukan untuk menentukan kategori dan jumlah mata CPD yang boleh dituntut. Garis panduan tersebut dapat diakses melalui pautan berikut :

https://www.mycpd2.moh.gov.my

    ii)Sistem myCPD (dalam talian)

Pemantauan terhadap aktiviti CPD yang dijalankan adalah penting bagi memastikan pelaksanaan CPD yang berkualiti dengan penglibatan pengamal pergigian dalam pelbagai kategori aktiviti CPD. Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membangunkan sistem pemantauan CPD secara dalam talian yang dikenali sebagai myCPD. Sistem ini membolehkan pengamal pergigian di KKM merekodkan aktiviti CPD dalam buku log secara dalam talian dan menuntut mata CPD berdasarkan kategori yang ditetapkan. Laman sesawang ini boleh dicapai melalui pautan https://www.mycpd2.moh.gov.my

iii)E-Pembelajaran Sektor Awam

E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) merupakan portal laman sesawang yang menyediakan kursus secara dalam talian dari pelbagai kategori dan bidang khusus untuk penjawat awam. EPSA merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia dan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) untuk menggalakkan penggunaan teknologi (information and communication technology – ICT) di kalangan penjawat awam untuk tujuan pembelajaran berterusan serta meningkatkan peluang dan capaian kepada pengetahuan dan latihan secara berterusan sepanjang hayat. Laman sesawang ini boleh diakses melalui pautan berikut :

www.epsa.gov.my

 

1.3 Cuti Belajar dan Tajaan

Pegawai/ Pakar pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memenuhi syarat kelayakan boleh memohon cuti belajar sama ada dengan tajaan atau pembiayaan sendiri bagi tujuan pembangunan kompetensi dan kemajuan kerjaya untuk mengikuti pengajian di peringkat Sarjana / Kedoktoran (Ph.D) / Area of Special Interest. Kategori cuti belajar bagi pengajian yang boleh dimohon bagi skim pegawai pergigian adalah:

1. Cuti Belajar Bergaji Penuh dengan Hadiah Latihan Persekutuan (CBBP dengan HLP) bagi kursus dalam negara dan luar negara (bagi bidang kepakaran pergigian yang tidak ditawarkan Dalam Negara); ATAU

2. Cuti Belajar Bergaji Penuh tanpa Hadiah Latihan Persekutuan (CBBP tanpa HLP) bagi kursus dalam dan luar negara; ATAU

3. Cuti Belajar Tanpa Gaji

Semua permohonan ini perlu dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Latihan (BPL) KKM. Maklumat lanjut berkenaan Panduan Cuti Belajar secara am boleh didapati di laman sesawang Bahagian Pengurusan Latihan (BPL), KKM iaitu http://latihan.moh.gov.my/

Selain tajaan HLP, pegawai/pakar pergigian KKM juga boleh memohon tajaan/biasiswa luar seperti biasiswa kerajaan negeri dan pembiayaan pelajaran oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).

https://www.mara.gov.my/bm/pendidikan/pembiayaan-pelajaran/peringkat-pasca-siswazah/

Klik sini untuk soalan lazim berkaitan permohonan biasiswa bagi pegawai pergigian

Klik sini untuk dasar Program Kesihatan Pergigian bagi sokongan sebarang rayuan berkaitan permohonan cuti belajar (sedang dibangunkan)

 

1.4 Pewartaan Pakar Pergigian

Pegawai pergigian di Kementerian Kesihatan Malaysia yang memiliki ijazah lanjutan pergigian yang diiktiraf perlu diwartakan sebagai Pegawai Pakar mengikut Perintah 27 Bab F Perintah-Perintah Am.

Klik sini untuk Garis Panduan bagi Pewartaan Pakar Pergigian di Kementerian Kesihatan Malaysia

Klik sini untuk soalan lazim berkaitan bidang kepakaran

Klik sini untuk senarai ijazah lanjutan yang diiktiraf Kerajaan Malaysia (sedang dibangunkan)

Klik sini untuk keperluan pendaftaran pakar pergigian dengan Majlis Pergigian Malaysia (sedang dibangunkan)

 

2.0 Auksiliari Pergigian

Auksiliari pergigian merangkumi Pembantu Pembedahan Pergigian, Juruterapi Pergigian dan Juruteknologi Pergigian. Latihan bagi auksiliari pergigian terbahagi kepada latihan pra-perkhidmatan dan kursus lanjutan (pos-basik).

1. Latihan Pra-Perkhidmatan

Bahagian Pengurusan Latihan KKM bertanggungjawab dalam urusan latihan auksiliari pergigian yang dikelolakan oleh Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM). Tawaran kursus diiklankan oleh Suruhanjaya Pekhidmatan Awam Malaysia sebagai:

  • Latihan Separa Perubatan bertaraf Sijil (Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian)
  • Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma (Latihan Juruteknologi Pergigian)
  • Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma (Latihan Juruterapi Pergigian)

Maklumat lanjut mengenai latihan ini boleh didapati di Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Portal Rasmi ILKKM (Pergigian) Georgetown melalui pautan-pautan di bawah:

https://www.spa.gov.my/spa/panduan/kelayakan/latihan-separa-perubatan

http://ppkkklpm.moh.gov.my/v3/index.php/my/mengenai-institusi/tawaran-kursus/basik

    ii) Latihan Kursus Lanjutan (pos-basik)

Juruterapi Pergigian dan Juruteknologi Pergigian yang berminat boleh memohon untuk menjalani kursus lanjutan (latihan Pos-basik) mengikut bidang yang ditawarkan pada tahun semasa. Iklan penawaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Latihan KKM. Namun begitu, bidang tawaran kursus adalah bergantung kepada keperluan perkhidmatan semasa. Maklumat lanjut mengenai kursus lanjutan ini boleh didapati melalui pautan ini:

http://ppkkklpm.moh.gov.my/v3/index.php/my/mengenai-institusi/tawaran-kursus/pos-basik

319377
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Minggu lepas
Bulan ini
Bulan-bulan sebelum
Jumlah
496
732
1841
312690
16917
20818
319377

Your IP: 35.170.64.36
2021-06-23 00:01
 
Hubungi kami Media Sosial  

Program Kesihatan Pergigian 

Aras 5, Blok E10, Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Malaysia

Tel : 03-8883 4215

Faks : 03-8888 6133

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PENAFIAN: Program Kesihatan Pergigian tidak akan

bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang

diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

 

 

Tarikh kemaskini : 18 Jun 2021

 

Hakcipta Terpelihara © 2012 - 2021, Program Kesihatan Pergigian, KKM

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Sitemap | Bantuan