Periodontik

Periodontologi merupakan satu cabang kepakaran pergigian yang tertumpu secara khusus dalam pencegahan, diagnosis dan rawatan penyakit yang berkaitan dengan tisu penyokong gigi (periodontium) iaitu gusi (gingiva), tulang alveolus (alveolus), ligamen periodontium (periodontal ligament) dan simentum (cementum). Perkhidmatan kepakaran ini disediakan di klinik-klinik pergigian primer kerajaan dengan kepakaran Periodontik  dan semua pesakit adalah pesakit rujukan.

Rawatan periodontium termasuk rawatan awal untuk menangani jangkitan seperti penskaleran, pendebridmen akar, rawatan menguruskan kecacatan tulang penyokong gigi dan tisu lembut, pembedahan berkaitan rehabilitasi fungsi seperti pembedahan gusi (gingivectomy), pembedahan flap, regenerasi gusi dan tulang dan rawatan sokongan selepas stabil.

Selain rawatan penyakit periodontium, kepakaran ini juga menyediakan prosedur lain termasuklah persediaan bagi rawatan orthodontik dan prosthodontik, seperti pendedahan gigi terimpak, pemanjangan korona untuk tujuan korona gigi dan pemegang jambatan serta pembedahan bagi persediaan gigi palsu. Rehabilitasi atau pemulihan fungsi pergigian adalah seperti implan pergigian dan regenerasi tulang dan gusi.

Di samping itu, terdapat ramai pesakit yang dirawat oleh pelbagai kepakaran dalam satu-satu masa disebabkan kes-kes yang kompleks.

077715
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Minggu lepas
Bulan ini
Bulan-bulan sebelum
Jumlah
180
566
2080
72274
12291
14894
77715

Your IP: 3.235.172.213
2020-05-29 05:08
 
Hubungi kami Media Sosial  

Program Kesihatan Pergigian 

Aras 5, Blok E10, Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Malaysia

Tel : 03-8883 4215

Faks : 03-8888 6133

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PENAFIAN: Program Kesihatan Pergigian tidak akan

bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang

diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

 

 

Tarikh kemaskini : 11 Mei 2020

 

Hakcipta Terpelihara © 2012 - 2019, Program Kesihatan Pergigian, KKM

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Sitemap | Bantuan