Pergigian Pediatrik

Kepakaran Pergigian Pediatrik menyediakan pelbagai perkhidmatan dan rawatan termasuk prosedur diagnostik dan terapeutik serta pembedahan mulut untuk pesakit yang berumur 16 tahun ke bawah pada masa rujukan pertama. Prosedur ini merangkumi aspek promosi, pencegahan, kuratif dan pemulihan selepas rawatan. Jabatan ini mengutamakan pesakit yang dirujuk samada sebagai pesakit dalaman atau pesakit luar. Kumpulan pesakit yang diberi keutamaan adalah kanak-kanak berkeperluan khas, dan terbahagi mengikut kumpulan seperti berikut:

  • Kanak-kanak bermasalah perubatan seperti penyakit jantung kongenital, diskrasia darah, pesakit onkologi, pesakit transplan, dan pesakit dengan penyakit kronik seperti asma dan buah pinggang, serta kanak-kanak yang kurang daya ketahanan melawan penyakit.
  • Kanak-kanak bermasalah pembelajaran seperti Down Syndrome, ADHD dan lain-lain
  • Kanak-kanak dengan kecacatan fizikal seperti kanak-kanak yang mengalami palsi serebral dan ketidakupayaan fizikal lain seperti kecacatan visual, pendengaran dan pertuturan.
  • Kanak-kanak yang mempunyai ketaknormalan kongenital atau ganguan pembentukan orofasial seperti klef mulut dan lelangit dan juga  ketaknormalan kraniofasial.
  • Kanak-kanak yang fobia atau kurang memberikan kerjasama terhadap rawatan pergigian.
  • Kanak-kanak dengan karies awal gigi pada peringkat umur yang sangat muda atau kanak-kanak yang  mempunyai karies gigi yang banyak serta tidak terkawal
  • Kanak-kanak dengan anomali kegigian seperti amelogenesis imperfecta, dentinogenesis imperfecta, hypodontia, supernumerari dan lain-lain.

Selain dari rawatan pergigian yang rutin, perkhidmatan yang ditawarkan juga termasuk pembedahan dentoalveolar, ortodontik interseptif, pengurusan kecederaan oro-fasial, rawatan endodontik gigi susu dan  kekal, rawatan patologi oral dan pembuatan prostesis oral dan maksilofasial.

Kes-kes elektif dan kecemasan yang memerlukan bius umum dirawat di dewan bedah. Perkhidmatan selepas waktu pejabat untuk kes-kes kecemasan akan dilakukan oleh pegawai pergigian dan pakar-pakar yang menjalankan tugas atas panggilan di Jabatan Kecemasan Hospital.

077702
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Minggu lepas
Bulan ini
Bulan-bulan sebelum
Jumlah
167
566
2067
72274
12278
14894
77702

Your IP: 3.235.172.213
2020-05-29 04:50
 
Hubungi kami Media Sosial  

Program Kesihatan Pergigian 

Aras 5, Blok E10, Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Malaysia

Tel : 03-8883 4215

Faks : 03-8888 6133

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PENAFIAN: Program Kesihatan Pergigian tidak akan

bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang

diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

 

 

Tarikh kemaskini : 11 Mei 2020

 

Hakcipta Terpelihara © 2012 - 2019, Program Kesihatan Pergigian, KKM

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Sitemap | Bantuan