Majlis Pergigian Malaysia

 

Majlis Pergigian Malaysia adalah satu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta Pergigian 1971.

 

Fungsi Majlis Pergigian Malaysia adalah:

  • Pendaftaran pengamal pergigian;
  • Pengeluaran Sijil Perakuan Pengamalan Tahunan dan Sijil Perakuan Pengamalan Sementara;
  • Penyelenggaraan Daftar Pergigian untuk Malaysia bagi dua (2) kumpulan pengamal pergigian iaitu Divisi I dan Divisi II;
  • Memartabatkan dan mengekalkan piawaian tertinggi professional dan etika dalam amalan pergigian; dan mengambil tindakan tatatertib ke atas pengamal pergigian berdaftar yang didapati telah melanggar kod etika professional atau telah melakukan kesalahan di bawah Akta Pergigian 1971.

 

Majlis pergigian malaysia terdiri daripada dua-puluh empat (24) ahli. Mereka adalah:

  • Yang Di Pertua – Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia;
  • Pendaftar – Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia;
  • Enam (6) pengamal pergigian yang dilantik oleh Menteri daripada kalangan Fakulti Pergigian di Institusi Pengajian Tinggi;
  • Enam (6) pengamal pergigian yang dilantik oleh Menteri;
  • Enam (6) pengamal pergigian yang dipilih oleh Pengamal Pergigian yang bermastautin di Semenanjung Malaysia;
  • Seorang (1) pengamal pergigian yang dipilih dari yang bermastautin di Sabah;
  • Seorang (1) pengamal pergigian yang dipilih dari yang bermastautin di Sarawak;
  • Seorang (1) dentis berdaftar yang dipilih dari yang bermastautin di Semenanjung Malaysia; dan
  • Seorang (1) dentis berdaftar yang dipilih dari yang bermastautin samada di Sabah atau di Sarawak.

 

Seorang pegawai kanan di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia yang dilantik oleh Yang Di Pertua sebagai Setiausaha Majlis Pergigian Malaysia.

Untuk sebarang keterangan lanjut, sila layari laman sesawang MPM di http://mdc.moh.gov.my.

141247
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Minggu lepas
Bulan ini
Bulan-bulan sebelum
Jumlah
668
498
668
136452
14169
15359
141247

Your IP: 34.200.236.68
2020-09-28 18:55
 
Hubungi kami Media Sosial  

Program Kesihatan Pergigian 

Aras 5, Blok E10, Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Malaysia

Tel : 03-8883 4215

Faks : 03-8888 6133

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PENAFIAN: Program Kesihatan Pergigian tidak akan

bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang

diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

 

 

Tarikh kemaskini : 04 Sept 2020

 

Hakcipta Terpelihara © 2012 - 2020, Program Kesihatan Pergigian, KKM

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Sitemap | Bantuan