Pengenalan Eksa

Dasar EKSA IPKKM

Amalan EKSA menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti kerja, perkhidmatan dan produktiviti melalui persekitaran kerja yang mesra, bersih, sihat, kondusif dan selamat.

 

Objektif Amalan EKSA IPKKM

 Mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, bersih, kemas dan selesa pada setiap masa.
 Membantu meningkatkan disiplin diri, kreativiti dan semangat kerja berpasukan di kalangan warga IPKKM.
 Membantu meningkatkan tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan.
 Mewujudkan budaya kerja yang ceria dan efektif.

 

Garis Panduan EKSA

Garis Panduan Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) - Versi 2/2017

Kriteria Audit

Wallpaper & Screen Saver

Tatacara Penggunaan

 

Logo EKSA

 

 

BULATAN

Bentuk bulat menggambarkan perpaduan yang kukuh dan komited di kalangan warga KKM dengan menitikberatkan semangat kerjasama dan berpasukan tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan pangkat dalam memastikan  Amalan EKSA sebagai budaya kerja.

 

AKRONIM EKSA

Simbolik kepada makna Ekosistem Kondusif Sektor Awam secara amnya.

 

LOGO KKM

Merupakan imej korporat KKM dan secara tidak langsung merupakan penegasan nahawa logo ini adalah hak cipta KKM.

 

SISIH SUSUN SAPU SERAGAM SENTIASA AMAL

Indikator kepada amalan 5S secara amnya.

 

Biru

Melambangkan warna berpestij yang setiasa bertenaga, yakin, segar, bersemangat dan berkarisma. Ia juga simbolik kepada komitmen dan kepercayaan warga KKM dalam memastikan kejayaan Amalan EKSA. Alunan dua tona biru melambangkan kejayaan dan kekuatan semangat jitu warga KKM bagi merealisasikan pencapaian EKSA.

Hitam

Tulisan slogan berwarna putih dikelilingi warna hitam (black stroke) merupakan simbolik kepada sikap professional warga KKM.

 

Putih

 

Dua garisan bulatan yang mengelilingi logo memberi erti keteguhan, ketelusan dan kewibawaan dalam memberi perkhidmatan yang terbaik. Manakala tulisan berwarna putih adalah lambang kesempurnaan, kebersihan dan keselesaan yang diamalkan oleh warga KKM.

Merah

Melambangkan komitmen anggota KKM dalam melaksanakan dan menjayakan amalan EKSA

100581
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Minggu lepas
Bulan ini
Bulan-bulan sebelum
Jumlah
812
649
3581
93920
6143
15571
100581

Your IP: 34.229.119.29
2020-07-10 16:47
 
Hubungi kami Media Sosial  

Program Kesihatan Pergigian 

Aras 5, Blok E10, Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Malaysia

Tel : 03-8883 4215

Faks : 03-8888 6133

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PENAFIAN: Program Kesihatan Pergigian tidak akan

bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang

diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

 

 

Tarikh kemaskini : 11 Mei 2020

 

Hakcipta Terpelihara © 2012 - 2019, Program Kesihatan Pergigian, KKM

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Sitemap | Bantuan